pejam celik pejam celik, dh 4 tahun bro Aie ke negeri abadi, meninggalkan peminatnya seluruh malaysia yang merindui setiap lukisan, cerita, komik yang beliau hasilkan, bagi anak2 90an dia lah org yang bertanggungjawab memastikan masa2 kami dihiasi dengan kenangan terindah membaca majalah2 yang ada ketika itu.
kalu dulu aku tertunggu karya2 terbaru dari dia untuk aku tatap dan kenyangkan mata aku ni mengagumi setiap garisan yang dia lakarkan, menunggu dengan penuh kemelonjakan masa dia cakap dia nak habiskan cerita 'AKU DAN SESUATU' tapi kita hanya manusia yang cuma merancang, dia tinggaklan kami dengn sebuah kisah tanpa penamat, aku amat mengharapkan deligasi beliau digantikan oleh anak2 beliau.
sekarang apa yang mampu aku buat, aku bukak kotak ajaib aku bukak koleksi yang ada macam 'AKU DAN SESUATU' , 'ABE' , 'LOVEVILLE' , JENAMA X' , 'BEAR AND BOB' dan yang terbaru yang aku beli WHORLD baru beli jumpa ada kat shopee itupon cover by sulaiman anak beliau.
aritu selepas bertahun aku cari cerita 'AKU DAN JALAN ROBINSON' yang dikeluarkan kat majalah GILA-GILA cerita by azzam supardi dan ilutrasi oleh tembakau (bahagian 1), Aie (bahagian 2) alhamdulillah dah ada org upload kat fb FAN AIE terima kasih buat yg upload, memudahkan pencarian aku.
byak lagi aku nak sembang pasal AIE SULONG ni tak abis kalu sembang pasal benda yang kita suka, so terima kasih buat yg baca post aku kali ni ea






