21 Nov 2013

Manga Naruto

korang dah baca nruto 655 aku tgh tunggu yang baru tapi tak kuar2 lagi, cite naruto ni kekadang bosan jugak layan tapi kekadang best jugak, yang best jutsu dia power2 ha tu yang duk layan sampai sekarang.. gambar tu aku kaler sndri pkai potoshot haha baru nak blajar bang!

1 Okt 2013

animasi The croods

 
 assalamualaikum...
malam tadi jalan2 kat pasar malam tetiba jumpa dvd cite ni, lagipon dah lame sangat aku intai cite ni kat pasar malam, pasal yg sebelum ni klau ade pon mesti gambar tak clear so kene tunggu lame sikitlaa last2 dapat jugak wlaupon cetak rompak hehe (aku mane mampu nak tgok wayang)

lepas layan cite ni bagi aku aku bgi A+ la pasal aku suke sgt cite2 animasi ni, boleh gelak2 gak
cite dia simple je tak skit kepala pon, kisah dia pasal keluarga Croods yang hidup pada zaman batu, si ayah yang begitu sentiasa menjaga fmily dia, waktu siang dihabiskan memburu bersama-sama dan malam tidur berhimpit didalam gua. anak sulung Eep begitu membenci kegelapan bertemu dengan Guy pemuda pintar yg boleh menghidupkan api maka bermulala penghijrahan yang kelako gile, bersama-sama ketempat yang lebih baik disebabkan tempat lama mengalami gempa

layan la bes bro hahaha

15 Mei 2013

batman... korang suke tak??

Batman....
korang suke tak ngn karektor ni?? henssem, kaya, kluar waktu malam, bebarang dia cangih giler, tapi cam superman gak pakai seluar dalam kat luar.. dia ni penyelamat kota Gotham yang selalu banyak jenayah macam Joker, Penguin, Two face a lain2 lagi la.. kalu buat filem mmg gempak gile, tapi time lawan superman dalam komik apsal kekuatan dia setanding ngn superman padahal manusia biasa je...
kartun2 mmg ko ni perkara yang mustahil... jem otak aku bila pikir pakai ligikal hahaha...

9 Mei 2013

superman.....ohh...superman....

assalamualaikum... pencinta katun..
mesti korang seme ade hero sendirikan??
macam aku, supermanlah hero pertama aku.. cite dia semua aku tengok tak kisahla.. live action ke cite katun ke yang penting aku minat nagn watak ni sebab kuasa dia macam Iphone smua ada dalam satu hahaha... dia boleh terbang, dia boleh bergerak pantas, kuar api kut mata dia, kuar angin kuat kut mulut dia, kuat giler, mata xray, telinga boleh dengar dari jauh...
aku ada koleksi filem dia yang dilakon kan oleh christopher reeves..

citer dia  dalam SMALLVILLE oleh Tom Welling menjadi kegilaan aku selama bertahun-tahun hinggalah aku berenti tengok pada season yang ke 7 sebab cite dia yang meleret-leret..

yang aku tahu watak superman ini bermula pada june 1938 merupakan seorang hero penyelamat rumahtangga yang tak boleh terbang cuma boleh melompat-lompat hahah.. kelakar sungguh hero ni kan.. papepon korang nak tahu lebih lanjut search je kat google... hahah
 

6 Feb 2013

boxhead

Assalamualaikum...
pe kabo ari ni warga pencinta katun....
perkenalkan.....

BOXHEAD


15 Jan 2013

aku dan kartun 2013




assalamualaikum pencinta katun di Bumi Malaysia

aku yang kerdil dan masih merangkak ini memohon maaf kiranya ada yang aku salah ngetikan, apa yang aku coretkan ini semata-mata dari pandangan aku yang masih kecil ini

Aku membesar dengan katun... aku menyukai katun dari aku kecil lagi bermula satu lukisan ayah aku pada sebuah plywood dirumah aku, walaupon sekadar lukisan dari mata pen ke sekeping playwood ia begitu bermakna buat aku. begitu teruja aku melihat lukisan permandangan yang indah dimana ayah melukis sebuah rumah ditepi sawah dan dihujunnya terdapat 2 buah bukit dan ditengahnya matahari sedang menyinar. dihalaman rumah terdapat sebuah basikal yang cantik dibucu rumah manakala tempat rehat yang dikelilingi ayam bersama anak-anaknya sedang mengais mencari makan.

walaupon simple lukisan ayah itulah pendorong aku untuk melukis.. dan disebabkan itu dinding kayu rumah arwah tok serta pintu dan robok (almari) di penuhi lukisan dan tulisan aku dan abang.
setip kali pensel di tangan dan tempat yang kosong tersedia ia tetapmenjadi mangssa kerakusan aku dan abang.

kemudian aku bertambah teruja melihat abang dengan terernya melukis setiap gambar yang dipotong dan dilekatkan dihujung lukisan dan kemudian melukis kembali gambar tersebut. hasilnya seakan-akan sama. hebat abang aku, aku mula berjinak mencari sesuatu seperti abang buat kali pertama hasilnya memang parah kemudian aku terus mencoba dan mencoba ternyata aku puas hati dengan lukisan aku hingga aku berangan-angan menjadi seperti Imuda, Lat, Ujang, Zoy, Aie, Tembakau, Rambai, lambok dan lain2 pelukis. setiap hari aku melukis wajah, gerak tubuh, senjata, pakaian, dan lain-lain benda. aku mahu menjadi lagenda seperti orng yang aku sebut diatas.. masing2 mempunyai kekuatan tersendiri..

Dikala aku masih mencari kekuatan aku aku masih belum yakin dengan apa yang aku ada, disebabkan itu aku melukis tanpa tujuan. aku melukis apa yang aku hendak lukiskan. aku takboleh melukis dengan paksaan dan tekanan ianya datang tanpa diduga. aku akan coret dimana-mana ruang kosong yang ada pada kertas nota.
aku melukis dan terus melukis hinggala sampai satu tahap aku tidak mampu untuk melukis lagi, tangan aku bergetar seakan ketajutan.. aku tak dapat tafsirkan apa yang aku coba lukiskan. aku seakan hilang semangat lukisan.. aku tidak mahu kehilangan satunya kekuatan yang aku ada. aku syng dan cintakan lukisan aku seperti dulu

aku tidak tahu bagaimana untuk terus aku mulakan kembali.. aku kaku dan terus kaku..
tolonglah aku...